Thursday, May 17, 2012

BUTA MATA


source: youtube


Buta mata tak nampak jalan di dunia
Kerana tidak nampak cahaya
Tidak tahu ke mana hendak dituju
Ke hilir atau ke hulu

Selamatlah di dunia fana ini
Bilamana mata tidak buta
Melalui pengalaman diri
Kerana jalan itu sudah biasa

Ada pedoman yang menunjuk kita
Tongkat di tangan membantu jua
Boleh jadi orang simpati yang membawa
Tapi jika buta hati menderita

Tidak nampak jalan menuju ke akhirat
Negeri yang kekal abadi
Tidak diukur, tidak diukur dengan mata
Kerana tiada kawan yang membantu
Tiada pengalaman yang memastikannya
Tiada pedoman menunjuk kita
Tidak ada yang simpati menolong kita
Dalam kegelapan terjun ke neraka

Menderita di negeri yang abadi
Tidak kembali ke dunia lagi
Tiada gunanya penyesalan diri
Oleh itu banyakkan 'amal dan bakti






Tuesday, May 15, 2012

Sambal Lonte (Sambal Lada Hijau)



Bahan- Bahan:-
Ikan bilis (sila belah)
Bawang Putih
Bawang Besar
Cili Hijau
Asam Jawa
Sedikit Belacan
Garam dan Bahan Perasa

     Cara Menyediakannya:-
  1. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan asingkan. 
  2. Tumis bawang putih, masukkan cili hijau dan tumis seketika.
  3. Masukkan air asam jawa dan belacan yang telah digaulkan bersama.
  4. Biarkan ianya mendidih dan masukkan bawang besar yang dipotong. Biarkan seketika dan kacau .
  5. Masukkan garam dan bahan perasa secukup rasa.
  6. Masukan ikan bilis, kacau dan bila telah sebati, angkat dan hidangkan.
  7. Sedap dimakan dengan nasi panas..... perggggghhh....