Tapi kugigihkan roda kereta di kala cuaca mula mendung dan awan berarak dengan gelapnya...Setelah puas kupusing kereta beberapa kali..bayang POPULAR tetap tidak kelihatan... lantas ku tanya beberapa kenalan untuk lokasi kedai buku POPULAR lain yang mungkin ada berdekatan... Yati kata..ada kedai buku POPULAR kat area wangsa walk..nama pun wangsa..mestilah kat area wangsa maju..so disebabkan petang tu memang lokasi tempat beradu memang kat situ..maka oklah..hentikan pencarian dan teruskan perjalanan untuk pulang kerumah...Sambung balik pencarian petang nanti...tambahan pulak hujan dah mula merintik ke bumi........Syahdunyaa....Saat-saat begini merupakan saat yang paling sesuai kalau dapat bertemankan bantal peluk dan selimut nipis...perghhh..menggoda plak...
Seawal jam 5.30 petang..ku mulakan semula langkah roda kereta untuk ke Wangsa Walk..Meredah hujan..meredah angin..meredah kendereaan yang berpusu-pusu di jalanraya...
Sampai di wangsa walk..terus naik esculator dan menuju ke kedai POPULAR...Cari punya cari bertemankan seorang salesgirl..jawapan yang kuterima..buku sudah sold-out.."What!!????".. Tergezzzuuutttt....wow..sold out..abih tu kat mana lagi yang ader kedai buku POPULAR ni??..DIa kata ader kat AMpang point, Cheras Leasure mall dan Tesco Ampang...Semua area jam...Jam pulak menunjukkan waktu maghrib hampir tiba..
Ibu mula bising...kan lebih baik jika kegigihan membaca novel ni diarah kepada buku-buku agama yang lebih berfaedah dan bermanfaat...??...Ibu..Ibu...celotehnya dan ceramahnya sangat bermakna..walaupun hanya kutepis dengan ketawa..wakakakakak...
Selepas menconggak keadaan cuaca dan kesesakan jalanraya...aku memilih untuk pergi ke Tesco Ampang..Dengan gigihnya..aku sampai dan membeli buku tersebut dengan harga RM26.90..pergh... antara buku novel Melayu yang paling mahal pernah aku beli....
Wassalam.........









