ASSALAMUALAIKUM.......
Aku duduk kat area Bdr Sri Permaisuri, Cheras.... dan menjadi kemestian untuk berbelanja setiap minggu di nearest supermarket yang ader all the 'wet and dry ingredient'. So pilihan aku - without prejudice ialah HERO SUPERMARKET.... sebab walaupun ianya kecil tetapi mudah, cepat dan dekat. Dari segi harga...OK lah.. nak kata murah pun tidak.. nak kata mahal pun tidak. TETAPI..... sejak mula berbelanja aku realise that kita kena betul-betul perhatikan setiap kali cahsier mula start punch harga barang dan ingatkan betul-betul harga barang yang kita nak beli.. jangan sentiasa percaya pada cashier..walaupun dia gunan sistem secanggih mana pun sebab at the end of the day.. sistem tu manusia yang godak jugak... so.. aku nak menceritakan penga;aman aku semasa berbelanja di 'HERO SUPERMARKET' ni.. bukan nak kata aku tak pernah kena tipu dekat tempat lain tapi tempat lain tuh aku jarang berbelanja... so seminggu aku akan cepat lupa.. tapi hero ni tiap-tiap minggu.... haish....

Semalam...(11 March 2012).. lebih kurang lepas zuhor, aku gi Hero dan mula membeli belanja untuk seminggu... Aku beli......ayam (drumstick n ribs), udang, ikan cencaru, nugget ayam, isi kupang, timun jepun, carrot, bunga kobis, brokoli, tempeh, cili api, daun sup n bawang, bawang besar, telur sepapan, kacang buncis, susu kotak uht full crean, evaporated milk, garam, pak aji takder moto, oren sunkist kotak, maggi, tepung, dan oolong tea.
Masa bayar..aku pergi satu kaunter.. budah pompuan paki t-shirt putih, takder nametag.(obviously budak baru...sebab terkial-kial masa scan brg2 aku...).. Lepas bayar guna card..aku angkat brg masuk kete dan kebetulan aku parking kete depan Hero betul2. Masuk kereta dan menjadi kebiasaan aku untuk check list barang-barang... Tetiba aku ternampak satu barang yang aku memang 150% yakin aku tak pernah beli dan tak terhengin nak beli..."Ribena blackurrent n strawberry (WTH).200ml - RM7.80... Seumur idup akulah berbelanja di Hero aku tak pernah beli Ribena.. in fact Ribena is banned from my house... So aku turun balik kereta, pegi kat kaunter dan tanya.. 'Boleh saya tau apa barang yang you punch ni?..sebab saya rasa saya takder beli mender ni... Seorang senior cashier datang dan amik bill aku sambil perhatikan bill tu... 'Boleh saya tengok barang yang cik beli?.. By all means..aku tunjukkan kereta aku...
Bagi dia chan semak semua barang yang ada....Lepas amik masa 10 minit menyemak dan menyemakkan barang aku..dia jumpa group of cashier dan sok-sek2,..lepas tu dia kata mintak diri naik atas untuk check barang ni.. aku pun angguk.. So aku secara rasmi for the next 20 minit jadi guard depan Hero... sebab kena tunggu diiorang semak barang... Then lepas 20 min.. aku tanya kat budak cashir tu..mana budak tadi??.. Dia jawab dia tengah check CCTV...What??..
Dia tak cakap kat aku pun yang dia nak check CCTV.. dia kata dia nak check BARANG... CHAIT!!!.. Kalau aku tau tadi nak jugak aku ikut..heheheheh.. boleh tengok muka aku dlm TV..heheh...
After those 30min..dia datang dan cakap Sorry..we have to refund you RM7.80.. Hah?..aku pelik..kenapa you nak refund I cash.. I dont need those cash... Kalau I nak cash.. I dah byr you in cash.. bakper lah aku guna Debit Card beb... Dia kata its protokal to pay back bu cash.. Tchk!!.. Aku pusing kiri..aku nampak selonggok biskut 'promo'..aku kaut 2 paket.. bawak ke kaunter dan bayar remaining balance... Dalam hati aku ckap..buat berat beg aku dengan 7.80 tuh... Haish....Dan aku bayar tambahan duit untuk biskut tuh...HUH!!!...
Aku masih teringat last week (4 March).. aku gi Hero mintak refund duit dia kata its the company policy untuk tidak pulangkan duit but you have to find barang lain dengan harga yang sama atau lebih n pay remaining balance...
Masa ni aku beli Dettol re-fill packet.. Kat shelf tulis RM7.49 untuk satu paket..aso kat situ jugak ader packet kembar yang dilekatkan dengan tag 'SAVE RM8.49'.. Dalam hati aku ckp.. "Wei....MURAH GILER!!...." So aku amik satu paket kembar dan bayarbersama barang-barang dapur.. lepas punch and all.. aku tengok bill.. RM16.99 untuk paket kembar tu... Dalam hati aku cakap.."Satu paket RM7.49..kalau dua paket =RM14.98, naper paket kembar 16++ dan tulis save 8.49.. apa yang save nyer.. ni nak SHAVE kepala aku bukan SAVE !!!....."
So aku gi kaunter 8 balik dan cakap..I taknak barang ni sebab I rasa tertipu... u said and tulis lain tapi bila u punch lain... so dia pun kata kena carik brg lain yang sama atau lebih harga..And aku beli pencuci kereta n kain lap kereta... What a waste!!!... sebab aku tokleh nak pikior nak beli barang apa.....
Well... ni adalah salah satu insiden dalam hidup aku berbelanja kat Hero.... TCHK!3x...UOLLSS semua kalau nak berbelanja... sila berhati-hati dan berwaspada.. Imagine kalau seminggu dia dapat kelepet duit aku 7 hengget, sebulan 28hengget...haih... lelama aku bankrap..HERO plak yang untung......
ADIOS...................